Wednesday, 17 September 2014

Medan Part 1

Assalamualaikum wbt...kepada yang sudi baca..
Alhamdulillah bertemu kembali dalam entry seterusnya iaitu Percutian ke medan
baiklah kali ini percutian aku adalah ke Medan Indonesia..Why medan?sebab aku teringin yang amat nk p Lake Toba.Lake toba ataupun danau toba atau juga tasik toba adalah antara tasik tercantik di dunia dan terbessar di asia tenggara dengan keluasan 100 km pnjg dan 30 km lebar....:))...

Aku bertolak dari johor lebih pukul 6.30 pagi bertolak ke Kuala Lumpur untuk menumpang kereta di rumah salah seorang kawan di Desa Sentosa sekitar Bandar Baru Bangi...Terpaksa tinggalkan Amad a.k.a bf kat situ sbb tak leh bwk masuk flight..ok dipendekkan cerita aku naik air asia flight jam 2.05 p.m bersama dengan kak mai (rkn dr sarawak) dan dua org lagi rakan dari sarawak yang  flight mereka terus dr miri ke LCC.  Oh ya sebelum tu aku nk bgtau korang kitorg siap2 buat solat jamak taqdim zohor dan asar so nanti taklah risau sampai sana pk tempat solat semua.

Akhirnya jam 4.00 p.m waktu medan selamat sampai ..Yeay sampai sudah..
Tp korang jgn terkejut airport dia kecik je tak macam airport kita..ape pun 
alhamdulillah dah selamat sampai...:))

TARAAA.............

POLONIA AIRPORT , MEDAN...YEE HA!




Inilah kami....hepi dah sampai...tak sabar nak menikmati percutian....




Actually aku dah siap menempah pak supir untuk mengambil kami di sana. Ini hasil usaha beberapa bulan bertanya pada pakcik google yang sangat baik hati..terima kasih pak cik google!!..hihi..search punya searrch terjumpalah satu blog ni.



http://wahidayatulaswa.blogspot.com/2012/10/pak-roy-tour-guidesupir-muslim-di-medan.html

Siap sertakan no fon bagai...apa lagi tanpa menunggu masa aku terus wasap pak roy.. so dia terangkan cara-cara nk booking terutamanya buat bayaran deposit melalui akaun bank yang dia bagi..mula2 macam ragu2 gak tapi tawakal je..Banyak jugak aku tanya kenapa nak bayar deposit ke apa. Ye lah kan mana tau dia nak tipu ke kan? Akhirnya dia cakap "beginilah ya...saya orang muslim ngak mungkin saya tipu" Dah dia cakap mcm tu aku akhirnya aku pn stop kan perbualan tu dan  deposit RM200.

Aku amat typical bab nak pilih pak supir terutamanya tentang solat dan makanan halal. sebab kat indonesia nampak je muka diorg islan ade jugak yang bukan islam..kembara ni bukan sekadar suka-suka je tapi nak menikmati keindahan ciptaan Allah dan dalam masa yang sama tak lupa akan tuntutan pada yang Esa. So sebab tu aku pilih pak supir ni sebab dari blog yang aku baca aku selain menjaga kebajikan kita dia juga tak lupa tentang solat..

Selain tu apa yang aku suka tentang pak supir ni ialah sangat peramah dan ilmu pengetahuan dia sangat luas terutama tempat-tempat yang dia bawa kami. So aku tak payah nak tanya pak cik google kalau dh sampai sini..hihi

 Oh lupa nak perkenalkan nama pak supir kami ialah Pak Roy. Selain pak roy seorang lagi pak supir juga menemani kami iaitu pak rizal. Memang sangat puas hati la almaklumlah kami semua perempuan makanya haruslah merasa safety bila di sana..iya kan!!!




Haaa.. inilah mobil yang membawa kami...Kijang ...


 Yang besnya dapat kuih selamat datang dari pak roy..macam kuih bingka..okla just nice...tu la kotaknya

Ok perjalanan kami seterusnya adalah ke tempat makan yang dinamakan RESTORAN SIMPANG TIGA..boleh tahan sedap. Bab makanan ni korang jangan risau insyallah tempat yang dibawa tu halalaN toiyiba..bak kata pak roy. Kalau korang perhatikan bentuk atap dia macam minang.. ha sebabnya pak roy bawak kitorg makan makanan padang.. makanan padang ni antara yang popular di indonesia kat malaysia pun boleh tahan popular.







Ni signboard nak sebelum nak masuk restoran tu.
.
Jeng3x....aduss perut dah lapar makanan dah terhidang apalagi makanler weh.... tp sblm tu ambik gambar dulu..hihi.




Kami teruskan perjalanan... ni antara pemandangan yangs Sempat ak capture dari dalam kereta..maaf sebab resolution camera tak berapa baik...
















Pertamina ataupun stesen minyak yang besar sebab kat indonesia ni ada dua jenis stesen minyak pertamina (besar) dan pertamini ( kecil ada sebijik je pam minyak)..





Perjalanan kami sebenarnya adalah menuju ke lake toba sebenarnya.. so ambik masa berejam jugakla dalam 4-5 jam nak sampai..sampai je dah malam. . Pak roy bawak kami singgah di satu kedai ni namanya PATEN  . Oh ya tempat ni menjual pelbagai makanan ringan seperti biskut, kerepek dan kekacang. macam2 nama. Jom tengok gambar..;))















Oh ya untuk pengetahuan korang ataupun mungkin juga korang dah tau kat indonesia pisang goreng salai dia boleh tahan sedap. ni la pisang salainya..(atas tu)..


Paten PANG PANG

#Kekacang yang dimasak bersama dengan gula melaka n disalut dengan bijan..

Paten TUNG TUNG

Haa... akhirnya kami dibawa makan lagi ke RESTORAN MAKAN ISLAM MURNI  . Keje makan n jalan je...kalau hari2 mcm ni mau naik berkilo2 dengan jayanya...hahaha...Ok tidak seperti di restoran simpang tiga yang lebih luas dan selesa untuk menikmati makanan. Di sini kawasannya agak sempit dan susunan kerusinya sangat rapat. Tapi mkanan masih sedap gak. Yang penting halal dan bersih.



Ini antara makanan yang dihidangkan. ada kari ayam telur rebus sambal, ayam goreng..okla makanan ni sesuai dengan selera orang malaysia mcm aku...haha

TADAAAA........ sampai sudah di DANAU TOBA COTTAGE INN...sejuk, tenang, nyaman n yang penting hotel tak guna aircond.. ok  ni pemandangan masa kami sampai....BESNYA!!!!!







Bilik Hotel kami sangat besar dan selesa untuk dua orang...boleh lari2 bagai..haha...kat luar balkoni tu pemandangan nya (atas ). Oh ya sampai hotel buat solat jamak takhir pulak combine kan isya' dan maghrib td..

Oh ya waktu di Indonesia ni 1 jam lewat dari malaysia

Waktu Solat di Medan 
Subuh - 5.30 pagi
Zohor - 12.30 tengahari
Asar - 3.45 petang
Maghrib - 6.45 petang
Isya' - 7.45 petang

MORNING!!!!

Pagi- pagi pukul 5.30 a.m dah dapat MORNING CALL dari pihak rest house di sini
diorg akan kol kita




Kepenatan semalaman...dapat tidur nyenyak pagi bangun subuh..terasa sejuk yang amat sampai ke tulang.. air dia pn sejuk..terketar-ketar aku ambik wudhuk..

ni pemandangan di bahagian depan hotel..haaa korang nampak tak kerusi merah kat luar tu.. kat setiap bilik disediakan kerusi macam ni.



 Bilik 1330 tempat kitorg menginap. Nak kata hotel takla hotel sangat lebih kepada macam rest house tu..

SEGAR DAN NYAMAN

Dua situasi yang aku nk gambar kan bila aku kat sini.....jam 7.00 pagi waktu medan.. kami ambik gambar di sekitar sini sebelum kami breakfast..




serius memang cantik pemandangan kat sini....


Sempat capture gmbr bunga ni....wee....


YEEHAAA... Ni kenderaan yang akan bawak kitorg ke tempat makan..nk jalan kaki boleh je tp dh disediakan kenderaan..ape lagi gunakan kemudahan yg ada...(abislah naik berkilo2 lepas nih...balik malaysia tension...haha)


Ok dah sampai...TARAAAAA......................

Cantik kan pemandangan ni..sepanjang nak ke restoran makan tu ade landskap yg boleh tahan cantik..kitorg sempatla bergambar kt sini..hihi






Selesai makan kitorg bergerak ke jeti ..haa kali ni jalan kaki je sebab x brp jauh restoran tu dengan jeti..

Oh ya aku lupa nak bagitau kitorang nak pergi ke Samosir Island.. tempat org batak..kalau korang nak tau dulu2 punya orang batak makan org..diorg ni kategori orang asli gak..

Kitorang naik feri nak ke Samosir Island tu. masih lagi dalam lake toba..air die jernih..pemandangan cantik...tenang sangat..mcm2 perasaan ada...sedih..gembira sebab tak sangka dapat sampai sini..alhamdulillah (mulala nak bergenang air mata...touching la plak..isk3)

Feri ni boleh memuatkan kira-kira 70 orang dan perjalanan mengambil masa hampir 1 jam atau kira2 45 minit..korang boleh pilih nak duduk dalam feri atau keluar duduk kat bahagian atas. dalam feri ni siap ada lagu indonesia di dendangkan bersama.. 
aku rasa kalau diorg tak bukak lagu tu lagi bagus...
bukan apa kuat sangat..x dpt nk menikmati bunyi air n ketenangan sepanjang perjalanan (haha banyak complain je aku  ni!!!)

Samsoir Island ni juga keluasaannya hampir 2 x ganda Singapura.









Akhirnya kitorg sampai sudah ke Samosir Island.. Di pesisir pantai au dapat lihat orang-orang batak membasuh baju dan memandikan anak... rupanya diorg tak ada punca air paip..so ni la cara diorg memenuhi kehidupan seharian diorg.

HOOREEY.....sampai sudah..muka ceria ok



SELAMAT DATANG DI TOMOK .....

oh ya untuk pengetahuan korang Samosir Islang juga dipanggil dengan nama perkampungan tomok (maksudnya gemuk)..


terdapatnya kubur-kubur raja lama iaitu raja sidarbutar


nampak tak perkataan bawah tu


HORAS!


Sepanjang perjalanan kami dapat lihat pelbagai barangan hand made dan kraft tangan dijual di sini..sangatlah kreatif diorg ni kan. Hmm mana-mana tempat kat indonesia ni kalau pergi tempat jual barang diorg korang janganlah tanya banyak2 kalau niat tak nak beli kang ade yang kena tarik baju n marah2 kalau korang tak beli barang diorg. 
ayat biasa diorg

BELANJA BUK.. MASUK BUK..MURAH-MURAH AJA,...

bersyukurlah kita yang duk malaysia ni kerja melambak-lambak antara nak atau tak je kerja..






Sebenarnya di Samsori Island ni apa yang menarik adalah terdapatnya makan raja-raja lama dan tempat tinggal orang batak. Antara jenis-jenis batak yang diceritakan pak roy ialah BATAK TOBA, BATAK KURA, BATAK SIMALUNGUNG, dan BATAK PAK PAK

Akhirnya kami sampai di Makam raja-raja lama. Ada signboard kat situ menunjukkan peraturan semasa memasuki kubur raja-raja ni






Yang penting yang no 1 tu kena pakai ULOS.. Ulos tu sebenarnya adalah selendang yang harus dipakai masa masuk ke kawasan perkuburan tersebut. Dan setelah pakai perlu sebut HORAS kuat-kuat maksudnya ucapan selamat dengan nada suara yang kuat

 Inilah selendangnya...just sangkut kat bahu je macam pak roy pakai tu..




Kami disuruh duduk dan pak roy menerangkan setiap satu kubur yang ada di situ..seram jugak aku...tp aku suggestkan korang bacalah ayat-ayat quran seperti 3 qul dan ayat kursi  sebab bukan islam kan mesi ada penunggu yang tunggu situ...













Golongan batak ni mengamalkan ajaran animisme cuma raja yang akhir mula menganut agama kristian sebab agama kristian mula tersebar pada zaman tersebut. Antara ajaran animisme yang aku masih ingat yang diceritakan pada pak roy ialah menggambarkan diri orang batak seperti cicak mudah menempel maksudnya mudah menyesuaikan diri. Seorang wanita batak boleh melahirkan anak sehingga 33 orang.. Kebanyakan kubur mereka akan dihiasi seledang warna merah , hijau dan putih. Merah menunjukkan darah, putih adalah kebaikan dan hijau adalah kejahatan.

Di sekitar kubur tersebut ada satu pokok yang dah hidup beribu tahun nama pokok tu dalah HARIARA  . Apa yang mereka percaya tentang pokok tersebut adalah pokok tersebut boleh membantu seseorang untuk mendapat jodoh dengan cara memeluk selama 10 minit.
Aku layan je la cerita pak roy ni. jangan percaya sangat percaya kang boleh menjejaskan aqidah kita.

Raja 1 dikalangan orang batak dikenali sebagai Ombu sirobudar. Pada masa raja ni mereka percaya dukung anak di atas leher supaya anak ada peningkatan dari segi rezeki. Rajah kedua dikenali ompu naibuto sidabutar (beli2 lidah nak sebut..haha). Raja yang kedua ni suka berperang. Raja kedua ni suka pada seorang perempuan ni dikenali sebagai anting malela sangat cantik (lagi cantik dari siti nurhaliza...ni yang diperkatakan pak roy.....konfius aku bila plak pak roy ni kenal si anting malela ni..ahaha)  dan hampir nak kahwin. Tetapi masa hari perkahwinan anting malela tak datang.. Dipendekkan cerita raja kedua ni rasa bengang dan tercabar dia bersumpah kalau anting malela ni tak kahwin dengan dia , anting malela tak boleh kahwin dengan orang lain juga. dikhabarkan akhrnya anting malela gila dan mati.

Diceritakan pak roy disebabkan raja kedua ni sangat suka dan pandai berperang, raja acheh iaitu Tengku Mohd  Syed raja muslim telah meminta ilmu tentang strategi perang dan menyebabkan perhubungan diorang sangat erat.

Selain itu kepercayaan animisme orang batak jugak nak tahu perempuan tu dah boleh kahwin atau tak try letak cawan atau mangkuk atas kepala diorg. kalau letak jatuh maksudnya belum boeh kahwin. 

oklah banyak dah cerita pasal orang batak zaman dulu...boring agaknya korang baca entry aku ni...haha..


seterusnya perjalanan kami adalah kembali semula ke jeti tadi sambil lalu di kedai-kedai tadi. Disebabkan masih waktu pagi dan tak ramai orang maka berduyun-duyun lah pekedai kat situ panggil kitorang soh masuk kedai diorg and antara ayat diorg

MASUK BUK...PECAH TELUR...

mula2 blur gak at last ceritakan orang pertama yang masuk tu kira pecah telur macam pembuka rezekilah untuk diorg...

jom tengok ape yang diorg jual...;))























Finally..masa untuk balik....


SELAMAT JALAN
SAMPAI JUMPA KEMBALI...HIK3








Sampai dalam feri pun ade gak orang jual ...kesian diorg... aku siap suruh dia duduk lagi..berbual ngan diorg...

ok seterusnya perjalanan kami balik semula ke Danau toba...

Jom pg lunch..



RESTORAN SINGGALANG


Lauk yang paling aku suka lauk ikan talapia masam manis..memang fresh ikan dia...sebab area tasik kan.. teringat sampai sekarang...





Habis sudah makanan...hari2 makan sedap kat sini...risau plak...hahah

Berhadapan dengan restoran singgalang tersebut ade kedai ala-ala 7 elevens tapi kat sana panggil INDOMARET. Jom tengok ape 






Seterusnya perjalanan kami menuju ke BARASTAGI...Menuju ke sana jalan dia ala-ala cameron highlang mau nk berpusing kepala ni..tapi korang kena tenang n relax sambil menikmati pemandangan balik dari Danau Toba.. Barulah nampak cantik sebab masa kitorg sampai dah malam


Dalam perjalanan kami singgah ke SIMARJARUNJUNG. Sebuah restoran atas bukit dengan pemandangan yang cantik. Kami disediakan dengan pisang goreng dan teh hali..pisang goreng dia superb sedap..ditambah dengan suasana yang sejuk tanpa aircond memang masyuk la...seronok sangat!!











Pisang goreng dan teh halia super pahit tapi menyihatkan ya ibuk 2 dan bapak2....(gmbar teh lupa lak nk capture atas tu air kopi)











 Selesai minum teh halia dan pisang goreng kami meneruskan perjalanan...


 Muka kepenatan tapi masih mampu tersenyum ye...hihi




Perjalanan kami seterusnya adalah singgah di kawasan air terjun SIPISO - PISO

Kat sini pun ada gak orang berjual...mulalah aku ni nak risau sebab apa kang TERSHOPPING tak sengaja hahaha...ni la aku...bahaya pg tempat2 mcm ni..ptut pg tengok view jek..hahaha



 SUBHANALLAH..ni je yang mampu aku cakap..view dia memang 10 bintang..sangatlah cantik..alhamdulillah Allah bagi peluang untuk aku lihat keindahan ciptaan Allah..rasa sebak yang amat...







 Inilah air terjunnya..yang paling bes view sekitar air terjun tu memang cantik





Kami teruskan perjalanan ke BARASTAGI.. takde singgah menyinggah lagi dah...dah penat nak rehatkan badan pulak...





 Sampai sudah GREEN GARDEN HOTEL.. cantik, sangat selesa n paling best ada wifi..hihihi
Oh ya gambar depan hotel ni tak sempat nak capture masa pg so aku tanya pakcik google je dia bagi gambar ni

#kredit to --> http://jomronda-mozag02.blogspot.com/2012/10/dari-parapat-ke-brastagi.html


Bawah ni aku ambik sendiri dalam bilik kitorang. Satu bilik dua orang sampai dalam bilik pun cadar warna hijau nama pun green garden hotel haruslah semuanya hijau kan!!!




Sampai ke toilet pun ak ambik gambar...cantik kan....



Pemandangan dari luar...tenang dan tenteram...




So overall aku sangat puas hati dengan hotel ni...

O.k nak rehat , mandi n solat..........

Malam nya dalam pukul 7.00 pak roy bawak kitorang ke pasar buah berhampiran je situ dalam 10 minit perjalanan menaiki kereta...macam2 dijual di sini


 Comel kan arnab ni









 Pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran di jual di sini..









Geram je tengok pokok bunga dia. Penjual tu siap suruh aku beli lagi sebab dia tengok aku banyak tanya..banyak kali gak aku tanya dia boleh ke tanam kat malaysia..yela cuaca kan tak sama. situ cuaca sejuk ala-ala cameron kan. Sempat gak aku beli benih pokok bunga dia...semangat nak tanam kat rumah...hahaha









 Berhampiran tempat tersebut ade gerai menjual jagung bakar sempat kitorang beli dan makan situ..memang segar dan manis sangat hokey!!...




Akhirnya balik semula ke hotel untuk makan malam yang berkali2 ..haha..jom makan..






BAIKLAH TAMAT ENTRY PART 1...

NK TDOO,.....NGANTUK DAH...


K...Thanx sudi baca..;))

No comments:

Post a Comment