ok sambung untuk trip hari kedua..apa yang kami buat
Disebabkan another trip trtinggal dan dijangka sampai pukul 8.00 pg waktu indonesia, makanya tentatif hari tu dah berubah, dan kami ke airport untuk mengambil trip yang tertinggal. Untuk hari kedua tak banyak yang aku boleh ceritakan sebabnya tentatif program kami ikut macam hari asal. pergi ke tempat yang sama macam hari pertama..
Dalam perjalanan ke airport sempat ambik gambar keadaan persekitaran jalan..itu keropok ye...banyakkan?
Hampir 2 jam juga perjalanan daripada bukit tinggi (tempat yang kami diami) dan padang ..Juga dikatakan padang panjang sebagai kota serambi mekah selain acheh.
Macam jalan cameron highland..bergunung ganang and berpusing pusing wooo
Dikatakan ini tempat berkumpulnya askar jepun yang mati dalam pertempuran semasa mereka menjajah padang..mereka dikubukan di sini sebahagiaannya
Pandangan yang menarik
Kami menyelusuri perkampungan dan pastinya pemandangan yang menarik akan dihiburkan sepanjang perjalanan.. sangat tenteram dan damai..
Antara masjid yang dibina di sini..
Setelah selesai mengambil trip kami yang tertinggal..perjalanan diteruskan lagi dan kami singgah makan di suatu restoran atas bukit, memang cantik pemandangan dari atas..
Inilah restorannya.PUNCAK KIAMBANG.......
Dari atas boleh lihat sawah padi yang terbentang luas dan tersusun sangat memukau pandangan..alhamdulillah..
Korang boleh pilih sama ada nak makan di atas kerusi atau duduk bersila seperti dalam gambar mengikut keselesaan masing-masing
Makanan dah sampai..sejenis lontong kata pak zal..ada mee hoon atas dia..erm boleh tahan sedap gak..
O.k selepas tu kami bergerak ke pasar atas dan bershopping untuk dibawa pulang ke tanah air (walla...)
cuma aku tak sempat nak ambik gambar kat dalam kedai pasar atas tu sebab sibuk bershopping..lgpun masa sangatlah terhad waktu tu..selesai bershopping kami makan terus di restoran sederhana sekali lagi..
baiklah tamatlah perjalanan kami pada hari kedua..kalau korang nak no pak supir yang memang mantap dan tidak jemu melayan korang
Pak Zal - +6285375376150
ni no pak zal
Tapi Pak zal ni takde wassap dan dia sebenarnya bekerja di bawah Pak Isral Agent Tigo Balai..so korang boleh contact pak Isral dan cakap korang nak Pak Zal jadi tourist guide korang ..korang takkan menyesal sebab dia sangat peramah dan seorang yang berilmu pengetahuan ...
Pak Isral - +6281374062242
...sekiannn
Thanx Sudi Baca..
No comments:
Post a Comment