Percutian kami ke bukit tinggi, padang, indonesia adalah secra FREE n EASY...kitorang cari tourist guide terus kat sana.dari sini bli tiket sendiri kebettulan cousin aku,ada contact number dengan org sana , so memudahkan lagi urusan kitorang semua..thanx yah coz uruskan semuanya.! budget kitorang termasuk flight (bli air asia waktu promo) dan penginapan, pak supir segala untuk 4 hari 3 malam adalah RM 500 SAHAJA...ditekankan sekali lagi RM500 sahaja ok tak termasuk makan...
ok ni schedule nya:
6.15 pagi - bertolak ke klia dari shah alam
7.00 pagi - Sampai KLIA
7.30 a.m - gate closes (o.k di sini ada kisah menarik aku n yah yang ketinggalan flight nanti baru crita entry seterusnya
7.50 a.m - flight to padang
8.00 a.m - arrived at padang airport minangkabau (apsal awal plak takkan 5 minit je? takla diorg kat sana 1 jam lewat)
Muka kegembiraan setelah sampai di airport minangkabau...sebenarnya dalam hati berdebar-debar beb sebab trip yah tertinggal plak dia yang uruskan semua, tawakal je kitorg nih...
Airport minangkabau!
9.30 a.m - baru keluar dari airport9.45 a.m - jumpa pak zal (pak supir kami di indonesia dia yang tunggu kitorg kat sana)..kitorg naik trafello kepunyaan pak zal (dia ni agen TIGO BALAI iaitu agen pelancongan kat padang)
Trafello yang kami naiki
10.00 a.m - bertolak ke air terjun LEMBAH ANAI (Tempat wajib pelancong ke padang)
Ok yang hujung tu la PAK ZAL diala pak supir kitorang sepanjang kat sana- ..:)
ibuk2bapak2 semua sebelum masuk harus dibayarin dulu ya..ahaks....
Inilah air terjun kat lembah anai. Diceritakan pak zal katanya jika kita cuci muka 3 kali kat sini so muka kita akan jadi awet muda ok tetapi AWAS kalau lebih dari 3 kali cepat tua plak..(korang jangan caya sgt ni dongengan aja!!)
Yang ni plak antara barang-barang yang dijual di tepi jalan bersebelahan air terjun lembai anai...aku tengok keadaan dia hampir sama macam kat lata iskandar jalan nak ke cameron highland tu..
koko crunch pon ada..so aku kira memang culture kita dengan indonesia memang sangatlah sama, serumpun la katakan, nak cari tempat makan yang sesuai pon sonang bak kata orang negeri sembilan...hehehe
ini pulak sejenis kerepek , tak bli pon saje amik gambar..hak3
Macam-macam jenis kuih muih tradisional padang yang dijual di sini cuma aku je tak sempat nak rembat sebiji dua, hai nyesal plak...takpe aku dah tanam kan azam utk pergi ke sana lagi...hahaha (patotnya tanam azam nak buat umrah lagi...)
Segala beg-beg ada di jual kat sini, ada satu beg tu macam beg laptop boleh isi laptop dia bentuk kain n ukiran batik indonesia cantik...tapi aku kan kedekut rm12.00 pon nak berkira jadi tak beli akhirnya aku NYESAL!!
Selipar2 ni sangat ringan dan boleh dipakai sesuai untuk berjalan-jalan sahaja o.k, eh tapi dok rumah pon boleh pakai jugak..kikiki
Kemudian perjalanan kami diteruskan dengan bertolak ke satu tempat yang dinamakan INFORMASI MINANGKABAU..Disepanjang perjalanan, macam-macam cerita yang pak zal cerita pada kami, salah satu kisahnya adalah SEJARAH MINANGKABAU...Jom layan jap japp
Pada asalnya MINANGKABAU diambil sempenan nama MENANG KERBAU sebab pada zaman dulu2 berlaku pertempuran antara kerajaan majaphahit dan kerajaan minang. Mereka menggunakan kerbau sebagai subjek untuk pertempuran. Nak dijadikan cerita kerajaan Majapahit menggunakan kerbau yang besar manakala kerajaan minang menggunakan kerbau yang kecil dan tidak diberi susu selama seminggu, so lepas tu berlakulah pertempuran antara kedua-dua kerajaan tu dan akhirnya kerajaan minang menang. kalau fikir logik mestilah kerbau yang besar menang kan, tapi kerajaan minang ni bijak dia gunakan kerbau kecil yang tak diberi susu. hmm menarik gak cerita ni..nak jadi tourist guide haruslah tahu semua ni kan kan..
Mungkinkah begini cara pertempurannya?
#sumber dari google
Kami meneruskan perjalanan lagi ke INFORMASI MINANGKABAU...sambil itu kami menyusuri jalan antara GUNUNG SINGGALANG DAN GUNUNG MERAPI...Ini adalah jalan untuk ke Bukit tinggi...jarak antara airport padang dengan bukit tinggi memakan masa hampir 2 jam....
ok next....
ok next....
10.45 a.m - Sampai di Informasi Minagkabau jaraknya dengan air terjun lembah anai ni taklah jauh bangat.o.k utk korang yang first time datang masuk dalam ni kena bayar sebanyak 4000 rupiah lebih kurang rm1.50 camtu
Inilah tempatnya...........sampai sudah..
Korang boleh tengok video ni untuk penghayatan di rumah gadang atau tempatnya informasi minangkabau
Mengikut apa yang diceritakan informasi minangkabau ni adalah rumah gadang/minangkabau di mana di depannya terdapat padi. Binaannya nampak seperti condong tetapi sebenarnya kukuh. diceritakan dahulu pernah berlaku gempa bumi tetapi rumah tersebut tidak runtuh. Terdapat banyak bilik di situ tetapi kecil sangat. Bilik itu dikatakan hanya ibu, bapa dan anak berumur kurang dari 5 tahun tinggal di situ. Anak lelaki yang lebih 10 tahun biasanya bermalam di surau dan belajar mengaji alquran. Pada siang hari sa haja mereka akan balik ke rumah tukar baju dan makan. itu apa yang diceritakan pada aku. Kalo korang nak tau lebih lanjut cuba bukak website di bawah ni :
#kredit to SMK Warisan Puteri, Negeri Sembilan
Jom tengok apa yang ada kat sini lagi and apa yang boleh di buat di sini -->
Ini kat bahagian bawah rumah gadang
haa korang boleh test pakai baju ni harganya 35,000 rupiah bersamaan dengan lebih kurang RM12.00..murah la gak.baju ni kalau dulu2 dipakai oleh anak-anak gadis semasa keraian mereka ataupun semasa hendak berkahwin, sangatlah berat o.k aku rasa adalah dalam 4-5 kg termasuk crown yang kat kepala tu...huhu
keadaan sekitar rumah gadang di informasi minangkabau ni, cuma aku tak sempat nak capture bilik-bilik diorang yang banyak tetapi kecil tu sebab bateri camera habis pulok!
haa untuk pengetahuan korang kebanyakan pejabat kerajaan di padang menggunakan corak minangkabau untuk pejabat diorang...x cayer?maila dtg cnii...kikkiki
Ok ini antara gambar yang diambil sepanjang berada di Informasi Minangkabau..dan perjalanan seterusnya diteruskan ke Butik yang menjual kain sulaman..
Sepanjang perjalanan sempat la jugak aku capture pemandangan menarik yang ada kat sekitar..jom tengok lagik...;)
Pakaian pelajar di sini..ha..kata pak zal paksupir kami yang memang superb best (sebab sentiasa menunggu kami untuk membeli belah berejam2 okies...hehe) ..dia cakap baju diorang ni lain-lain ikut sekolah..kalau macam kat malaysia kan sama je baju putih kain blue black (untuk sekolah rendah) n baju putih kain biru laut (pelajar sekolah menengah)
Haa...nampak tak benda bulat kat sini? ni adalah PARABOLA namanya...kalau kat malaysia kita panggil astro kalau kat sana parabola untuk dapatkan siaran. Strukturnya agak yang besar dan berjaring-jaring...hmmm... kami juga melewati KOTA PADANG PANJANG. dikatakan kota padang panjang dipanggil SERAMBI MEKAH selain di ACHEH....
Salah satu cara orang kat sini bekerja...berniaga menjual roti .........
12.00 p.m -Yeszaa...akhirnya kami sampai ke tempat kain sulaman yang pertama iaitu Putri Minang..Aku rasa adalah dekat setengah jam dari Informasi Minangkabau
haa untuk pengetahuan korang kebanyakan pejabat kerajaan di padang menggunakan corak minangkabau untuk pejabat diorang...x cayer?maila dtg cnii...kikkiki
Ok ini antara gambar yang diambil sepanjang berada di Informasi Minangkabau..dan perjalanan seterusnya diteruskan ke Butik yang menjual kain sulaman..
Sepanjang perjalanan sempat la jugak aku capture pemandangan menarik yang ada kat sekitar..jom tengok lagik...;)
Pakaian pelajar di sini..ha..kata pak zal paksupir kami yang memang superb best (sebab sentiasa menunggu kami untuk membeli belah berejam2 okies...hehe) ..dia cakap baju diorang ni lain-lain ikut sekolah..kalau macam kat malaysia kan sama je baju putih kain blue black (untuk sekolah rendah) n baju putih kain biru laut (pelajar sekolah menengah)
Haa...nampak tak benda bulat kat sini? ni adalah PARABOLA namanya...kalau kat malaysia kita panggil astro kalau kat sana parabola untuk dapatkan siaran. Strukturnya agak yang besar dan berjaring-jaring...hmmm... kami juga melewati KOTA PADANG PANJANG. dikatakan kota padang panjang dipanggil SERAMBI MEKAH selain di ACHEH....
Salah satu cara orang kat sini bekerja...berniaga menjual roti .........
Macam-macam ada dijual dekat sini...jom tengok gambar lagi....
Selain kain sulam untuk perempuan, ada jugak baju ala-ala batik untuk lelaki cantik tau...korang tengoklah yang dibentangkan kat atas tu...pilih2....
telekung-telekung sulam yang pelbagai jenis boleh buat aku rambang mata beb....ni kat butik putri minang...tp baik korang pergi kat PASAR ATAS kat bukit tinggi lagi murah2 n banyak pilihan..biasa kat butik ni agak mahal skit....tp korang boleh survey2 n tengok dulu
kebanyakan sulaman diorang ni timbul2 harga paling tendah boleh dapat dalam sekitar rm30++ kalau yang kat butik ni la..kalau kat pasar atas lagi murah ada yang 20++ pun ada..tapi biasanya kain yang murah tu agak jarang korang kena bli liningla...
Selain kain sulam untuk perempuan, ada jugak baju ala-ala batik untuk lelaki cantik tau...korang tengoklah yang dibentangkan kat atas tu...pilih2....
telekung-telekung sulam yang pelbagai jenis boleh buat aku rambang mata beb....ni kat butik putri minang...tp baik korang pergi kat PASAR ATAS kat bukit tinggi lagi murah2 n banyak pilihan..biasa kat butik ni agak mahal skit....tp korang boleh survey2 n tengok dulu
kebanyakan sulaman diorang ni timbul2 harga paling tendah boleh dapat dalam sekitar rm30++ kalau yang kat butik ni la..kalau kat pasar atas lagi murah ada yang 20++ pun ada..tapi biasanya kain yang murah tu agak jarang korang kena bli liningla...
Comel kan baju budak ni bersulam-sulaman .....
Sempat plak shopping 1@2 ...heheeeee
Setelah lebih kurang sejam lebih kat sini kami teruskan perjalanan pulak pegi satu lagi butik kain sulaman iaitu LINDUANG BULAN....
1.00 p.m - Dah buruk dah papan tanda dia tapi kain-kain sulaman tetap yang up to date n teraru...jom tengok lagi...;)1.50 p.m - Baiklah dah penat berjalan kami singgah pula makan nasi padang di restoran PAK DATUK....
Ambik gambar dulu sebelum nak masukkk
Pak Zal Beri penerangan pada kami sesampai kami di restoran Pak Datuk ni....ya...ibu2 masakan di sini semuanya nasi padang...firstt time datang terkejut aku tengok punyalah byk makanan kami kena makan tapi tidak....makanan tu disediakan untuk kita pilih mana yang kita nak makan....so kalau tercuit sikit kat pinggan lauk tu korang kena bayar harga untuk lauk tu walaupun korang tak habis.....berbelas...semua sedap2....nyam2..antara yang aku suka adalah daging salai goreng masak cili....memang sedap...
Pemandangan di luar restoran
Pemandangan di dalam..ada tv yang menyiarkan berita2 terkini di indonesia...di restoran ini dihias dengan corak2 lukisan batik yang memang antara keunikan di padang ..dan kalau korang tengok kat atas tu diorg letakkan gambar pemimpin diorang....
Boleh amik idea lanskap tuk rumah,....hihihi...
Setelah usai makan perut pun dah kenyang, kami bergerak semula menuju ke tempat hotel kami bakal menginap iaitu GRAN MALINDO HOTEL.....
3.00 p.m -Sampai sudah...muka kepenatan .......sempat ambik gambar depan kaunter hotel....walla!
4.30 p.m -Setelah berehat hampir lebih kurang 1 jam setengah selepas solat asar, kami akan bergerak pula ke PASAR ATAS...tempat kain sulaman yang paling banyak...woohoo rambang mata........
Sambil berjalan kaki menuju ke pasar atas, pak zal meminta kami stay sekejap melihat jam gadang yang merupakan antara mercu tanda kota bukit tinggi padang indonesia....................haaaaaa.....diorang tengah dok tengok jam gadang..pak za, pak supir kami suruh tengok lelama kat jam gadang tu....apa yang peliknya kat jam tu...punyalah kitorang dok tenung lama..tapi tak jumpa jawapannya...kalau korang nak tahu pada tulisan jam tu semuanya huruf roman cuma yang bezanya angka 4...biasanya kita tulis IV tapi kat jam tu ditulis IIII....tu la yang uniknya...kalau nak tau lebih lanjut korang boleh datang ke sini...time harga promo airasia...
Yang belakang tu pulak adalah pasar atas...dia ala-ala pekan rabu tapi lebih besar tempatnya...ada lebih kurang 3 tingkat....satu hari pun blum tentu habis round ...huhuuu
Pemandangan di tepi jalan sekitar pasar atas...
lagi gambar.........
Suka sangat beg ni...tapi tak beli jugak....:(
Ni ala-ala mee...aku tak tau la apa kan sebab just ambik gambar tak sempat nak tanya...tapi macam sedap jer....
o.k aku rasa aku stop dulu kat sini untuk hari pertama aku kat padang....ooopss blum habis lagi...sok aku citer n tunjukkan gambar dekat pasar atas ekkk...k thanx sudi baca......
Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.