holla....!!! Assalamualaikum wbt.....akhirnya dengan berbekalkan semangat yang berbaki ni aku gagahkan jugak mengetuk papan kekunci netbook ...ohhooo......
Disebabkan aku sangat suka trip day yang ke-3 so aku nak update dulu perjalanan aku pada hari yang ketiga....SELAMAT MEMBACA....:)
Hotel Gran Malindo ni sangatlah best ok...kalau tak silap bilik yang aku duduk ni semalam adalah dalam rm50.00 tanpa aircond sebab cuaca kat bukit tinggi ni memang sejuk sentiasa ala-ala cameron gitu...
Gambar bahagian depan hotel gran malindo
Ni gambar kami reramai depan hotel....cuma aku x sempat nak snap gambar kat dalam bilik hotel (alasan...haha sebenarnya kat dalam bilik bersepah dengan kain-kain yang dibeli...kakakaka)
8.00 a.m - Sarapan di Hotel Gran Malindo...wauu superb sedapp beb ..makanan disediakan ala buffet dan sangatlah banyak pilihannya....
9.00 a.m - Bertolak ke Tasik Maninjau (Tasik paling cantik kat bukit tinggi tempat wajib kalau ke sini...rugi wooo kalau tak pegi)..
Sebelum bertolak ke tasik maninjau, kitorg singgah jap ke pasar atas..ada antara kami yang nak menukar duit lagi.so sempat la capture gambar stall kecik yang ada kat tepi tu..hihi
sate padang..tengok macam sedap...tapi kuah dia mcm lain sikit..tak guna kuah kacang
Comel kan budak-budak sekolah ni..sweet je..
Pemandangan pagi nak ke pasar atas...
Pergi isi minyak jap kat PERTAMINA ....yeayy
Berhenti sekejap untuk mengambil gambar...
Ni adalah masjid..tak pasti masjid apa..tapi agak cantik bangunan dia...unik
Sebelum sampai ke tasik maninjau kami sempat singgah kat satu tempat ni kelok 20++..membasahkan tekak dan merehatkan kepala yang pening berpusing-pusing tu..haha
sebelah gerai tu terdapat barangan jualan kulit..boleh tahan murah..kalau korang merancang nak beli barangan kulit yang mahal, bolehlah singgah di sini, tapi biasa memang tourist guide akan bawak korang singgah sini..disebabkan aku tak ada keperluan dan tak minat so aku tak belilah..
Baju, beg dan bermacam barangan kulit di jual di sini
Cantik gak..
Kitorang sempat bertembung kumpulan berbasikal yang menaiki basikal merentasi kelok 44 ni..sempat capture gambar basikal..hihi
Sepanjang perjalanan ke Tasik Maninjau Pak zal menceritakan tentang kisah di sebaliknya...wah memang menarik...
Untuk pergi ke Tasik Maninjau kita perlu melalui Kelok 44 (a.k.a selekoh 44)..Di sini juga banyak labu sehingga banyak kerepek dan keropok labu di sepanjang jalan ke kelok 44..nanti aku tunjukkan kat korang ea...Di sini kalau pam minyak di panggil pertamini (stesyen minyak kecil hanya ada satu pam minyak sahaja) dan pertamina (stesyen minyak yang besar)..harga rumah pula di sini agak murah RM40000 dah boleh dapat banglo sebijik (haa kan giler murah...kalau aku ade sedara mara kat sini nak jer aku bli sebijik buat aset)....
Alamak dah tersasar jaoh la plak ....o.k berbalik kepada cerita tasik maninjau ni...mengikut apa yang diceritakan pak supir kami...tasik maninjau ni ada kisah disebaliknya...
Tasik Maninjau ini asalnya terhasil daripada Gunung Tinjau (ada sedikit gunung berapi).. Dikatakan ia terhasil kerana sumpahan oleh dua pasangan kekasih yang dipanggil GIRAN (lelaki) dan Sani (Perempuan). Diatas gunung tinjau terdapat satu kawah gunung berapi yang kecil.
Sani khabarnya mempunyai kaka (abang...panggilan di indonesia kaka) seramai 9 orang yang masing-masing sangat mahir mengaji alquran... mereka telah kehilangan ibu dan ayah semasa kecil dan tugas menjaga adik-adik kecil dtergalas dibahu KUKUBAN (iaitu abang sulung kepada adik beradik tadi)..Hanya Sani seorang adik perempuan mreka yang lainnya semua lelaki.Mereka hidup aman damai dan harmoni..Pekerjaan mereka adalah bertani dan memungut hasil hutan.
Pada suatu hari, dato limbatang (bapa saudara kepada adik beradik tadi) telah datang bersama isteri dan anak lelaki mereka iaiti Giran dengan tujuan untuk melawat mereka setelah lama tidak menjenguk anak-anak saudara mereka itu. Kedatangan mereka disambut dengan gembira oleh adik beradik tadi. Rupa-rupanya Sani dan Giran saling berpandangan dan menaruh hati antara satu sama lain... Giran telah mengajak sani untuk bertemu di pinggir sungai disitu dan masing-masing meluahkan perasaan mereka. Dipendekkan cerita (sebab panjang sgt), apabila hampir musim menuai dan mereka masing-masing memperoleh pendapatan yang lumayan, penduduk kampung telah bersepakat untuk mengadakan pertandingan silat. Kukuban iaitu abang sulung sani dan Giran telah bertemu di akhir perlawanan silat tersebut. dalam pertempuran tersebut Giran telah mengalahkan kukuban dan kukuban rasa tercabar. Sejak hari itu beliau telah menaruh dendam terhadap giran. Pada suatu hari keluarga dato limbatang telah datang untuk meminang sani untuk giran tapi pinangan telah ditolak bulat-bulat oleh Kukuban. Kukuban masih menaruh dendam terhadap Giran..
Giran telah mengajak Sani bertemu di suatu tempat dipinggiran sungai untuk membincangkan perihal mereka tentang penolakan pinangan oleh abang Kukuban. Namun begitu tanpa disangka satu ranting kayu dari pokok telah mengenai peha Sani dan mencederakan Sani serta menyebabkan kain Sani terkoyak...Giran telah pergi berusaha mendapatkan ubat untuk Sani, semasa sedang merawat sani kebetulan abang-abang sani dan penduduk kampung telah datang ke situ dan mereka telah bersangka sani dan giran telah melakukan perbuatan yang tidak baik...masing-masing mengaku tidak tetapi mereka tetap dihukum.. mereka telah diikat dan dibawa ke gunung tinjau dengan tujuan supaya mereka tenggelam ke dalam kawah api di atas gunung tersebut, sebelum terjun, mereka telah diberi peluang untuk berkata-kata buat kali terakhir...Giran telah bersumpah sekiranya mereka tidak bersalah seluruh penduduk kawasan akan mati dan abang-abang sani akan menjadi ikan... Makanya apabila mereka terjun ke dalam kawan api tersebut, petir tiba2 menyambar kawah tersebut, api keluar daripada kawah tersebut dan memusnahkan ke seluruh kampung dan penduduk kampung pun mati, api yang mengalir tadi telah menjadikan kawasan tersebut keseluruhannya air dan terhasilllah tasik maninjau dan abang-abang sani menjadi ikan di dalam tasik maninjau tersebut....Nama abang-abang sani dan telah diabadikan sebagai nama di sekitar tasik maninjau iaitu Tanjung Sani, Sikudun, bayua, Koto Laintang, Kota Kaciak, Sgalapuang, Balok, Kukuban dan Sungai Batang.
haa menarik tak cerita tasik maninjau tu...apa yang best kat tasik maninjau ni kalau korang perhatikan betul2 kita akan dapati seolah-olah awan berada di atas tasik maninjau tersebut tetapi sebenarnya awan tu tersangatlah dekat dengat tasik maninjau sebab tu la pemandangan dia agak cantik
Yeayy... akhirnnya kami sampai sudah ke tasik maninjau...Allahuakbar...amazing....bestnye kalau boleh duduk kat sini..rumah tepi tasik ni..tenang je...Ya Allah terima kasih kerana memberi peluang untuk aku ke sini...
lagi gambar
Aku siap berdiri kat atas kerusi batu nak ambik scene ni..hahah
eh eh siapa ni...nak kenal??
sweet kn pemandangan ni.....
Pantulan awan dari atas ke atas tasik maninjau...sangat menarik...nak pegi lagi...:(
12.00 p.m - Kami meneruskan perjalanan di kelok 44 dengan menuju ke Muzim Kelahiran Hamka . Sementara itu kami melalui satu kawasan perkampungan yang dinamakan DESA EMBUN PANJANG. Di sepanjang kelok tersebut terdapat juga gerai-gerai makanan kecil,, bolehlah korang berhenti untuk membasahkan tekak dan merehatkan diri sebentar sebelum meneruskan perjalanan..
Sesampainya di sana kami kecewa sebab Muzium tu ditutup kerana penjaga di situ berehat selama 2 jam...Cuma sempat pegi kat bahagian bawah tu rumah hamka..dikhabarkan profesor dr hamka meninggal pada usia 73 tahun pada tahun 1981....aku pon tak lahir lagikkk...huuu tapi tetap kenal die
Sampai sudah muzium hamka.....:))
Ambik gambar lgi..Untuk ke muzium hamka..korang harus naik sikit tangga untuk sampai ke muzium tersebut..tak tinggi sangat...tapi sempatlah kalau nak berpeluh..hihi
Di depan muzium hamka...keciwa...
Ada quote kat depan muzium hamka tu
keciwa..keciwa...dan keciwa sebab tutup..huhu
Di bawah muzium hamka, ada rumah kelahiran hamka..di situ terdapat beberapa buku hamka..kalau nak beli pun boleh..ini antara buku-buunya
Di bawah lindungan kaabah
Terdapat juga orang berjual di sebelah rumah tersebut...barangan kraft dan hasil masyarakat di sini...mereka ini sangatlah kreatif..
Baiklah perjalanan kami teruskan lagi untuk kembali semula bersoping di pasar atas..wahaha (teruja sangat time nii)..Kami singgah di satu kedai yang menjual pelbagai kerepek daripada labu ..nama kedai nya adalah BUNDO KANDUANG...masih lagi dalam kelok tapi tak ingat kelok ke berapa.hihi...Di sini juga dijual Cendol...tapi tak pastilak cendol dia cmna sebab tak g bli .
Pemandangan di dalam kedai menjual kerepek.
pelbagai jenis kerepek dijual dengan harga yang berpatutan dan bolehlah dijadikan ole ole untuk di bawa pulang ke malaysia..boleh tahan sedap..pemilik kedai siap buat tester bagi rasa kerepek diorg..so bolehlah pilih mana kerepek yang berkenan di hati ye...;)
sebelum sampai ke pasar atas...kami mengisi perut yang lapar.waktu masa tu dah tengahari...dengan keadaan jalan jalan berkelok-kelok pastinya membuat perut lapar...
TADAA...........akhirnya sampai ke RESTORAN SEDERHANA...menjual masakan minang
Pemandangan bahagian hadapan restoran... Aku galakkan korang pegi makan kat tempat bertutup mcm ni sebab insyallah dari segi kebersihan tu amat puas hati..jangan beli sebarangan kat tepi jalan je..sebab kita mungkin terdedah kepada risiko pencemaran makanan dan kita tak tahu sama ada makanan tersebut halal atau tidak. . Di indonesia tak semua daripada mereka ini beragama islam.
Banyak kan makanan. tapi pastikan ambil pinggan lauk yang korang nak je.. jangan ambil semua..sudahnya nanti korang kena bayar semua sekali walaupun cuit makanan tu sikit. sebab konsep masakan minang mereka akan meletakkan lauk penuh di atas meja dan jika dah tercuit sikit korang kena bayar keseluruhan lauk daripada pinggan tersebut..
tak sabar nak mengisi perut ni..hihi
Lagi gambar kami..
Setelah selesai makan kami singgah di butik Linduang Bulan..di sana di sediakan surau makanya kami pun buat solat jamak taqdim zohor asar dan slps itu sempat lagi kami mencuci mata di butik tersebut..hiii
Ok setelah selesai kami bergerak pula ke pasar atas.. berhampiran pasar atas terdapat sebuah pasaraya yang diberi nama RAMAYANA. di situ terdapat pelbagi keperluan wanita seperti blouse dan seluar..Keperluan lelaki pun ada tetapi tak begitu banyak..jom tengok gambar...:)
Kedai ni menjual pakaian jenama LE COUTURE. Pakaian yang diperbuat berkualiti dan sebab dipakai. kat malaysia pun ada dijual tetapi harganya mahal tak macam di sini...Jika disini mngkin dijual dalam rm70-80..di sini boleh dapat rm30-40 shj..jimat kan..
LE COUTURE
Menunggu yang lain memilih baju sempat ambik gambar lagi..
O.k kami dah nak balik penat seharian berjalan...pastinya perut pn lapar kami bergerak ke destinasi terakhir kami ke restoran yang menawarkan makanan western iaitu RESTORAN HAUS TEA
Korang nampak tak kalimah Allah pada daging tersebut..Subhanallah..tengah dok makan nmpak pulak ni..
esoknya hari ke empat adalah waktunya pulang kami....sedih tp masih boleh tersenyum..hihi...
ok thnx sudi baca...