Monday, 31 December 2012

Persediaan ke Mekah

Assalammualaikum... trip pertama aku ke luar negara..tempat yang dituju adalah MEKAH AL MUKARRAMAH DAN MADINAH

Ok firstly before aku bawak korang semua pergi tempat paling suci di dunia ni...eloklah kita sama-sama
mengetahui serba sedikit tentang mekah ni...sebenarnya bkn apa aku pon bukanlah hebat mana..kalau kita study dulu sejarah dan kesitimewaan mekah n madinah ni kita akan lebih faham dan lebih rasa dekat dengan keadaan di sana...aku cadangkan korang carilah buku-buku ni :

1) Keistimewaan Mekah

   Kenapa harus baca...? Buku ni sangat interaktif selain kandungannya yang menarik ia juga diselitkan dengan gambar berwarna warni yang mudah untuk kita faham tentang sesuatu perkara..Mengikut kajian otak kita lebih cepat memahami sesuatu fakta jika ianya diterjemahkan dalam bentuk visual...

selain tu ada beberapa cara macam mana nak ingat fakta dengan lebih baik..(nanti aku akan kupas tentang benda ni)

Ni antara buku yang aku baca yang aku boleh suggest kat korang :
1) Keistimewaan Mekah -Aku tak pasti kat mana buku ni ada jual sbb ni aku beli masa ada orang datang
     tempat keje aku promote buku ni..masa tu belum fikir lagi nak pegi mekah tapi lepas baca buku ni buat
     aku tak sabar nak pergi!!!

Ni kandungan dalam nya yang buat aku jatuh cinta..hahaha


 2) Buku Sejarah Mekah. Buku ni aku beli kat BADAN, PLAZA ANGSANA...maybe kat tempat lain pun
     ada gak buku ni kena rajin cari..



3) Alternatif seterusnya korang boleh google n cari pasal cerita-cerita tentang mekah ni . Korang boleh pegi link kat bawah ni :

a) Blog tentang Keajaiban Kaabah mengikut Saintifik
    http://hasnulhadiahmad.com/keajaiban-kaabah-menurut-kajian-saintifik/

b) Misteri Mekah kajian dari NASA
      http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/03/10/nasa-menyembunyikan-misteri-di-sebalik-kota-  
     mekah/#more-3643

b) Sejarah Mekah
     http://sejarahmekah.blogspot.com/

n banyak lagi link2 yang best korang boleh search tapi jangan cari LINGAM sudah....:P

o.k
sepanjang pembacaan aku (takla banyak mana kan) Mekah ni tempat paling suci dan selamat kat dunia...Satu hari nanti apabila Dajjal porak perandakan dunia dia akan pergi semua tempat kecuali Mekah n madinah..beruntunglah orang yang duduk sana... sebab apa? sebab  semua bahagian di mekah n madinah tu telah dijaga oleh malaikat.

Ayat di bawah ni boleh diamalkan untuk menghindari fitnah dajjal


Dari Abu Darda’, ia berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ آخِرِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ ». قَالَ حَجَّاجٌ « مَنْ قَرَأَ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ سُورَةِ الكَهْفِ »
Barangsiapa membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al Kahfi, maka ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal.” 

Selain dari membaca buku-buk berkaitan dengan mekah n madinah kita juga haruslah membuat persiapan rohani maksudnya persiapan dalaman diri kita sebelum menjejakkan kaki ke tanah suci. Korang boleh baca blog ni untuk info lebih lanjut :

o.k lah aku rasa cukup sampai sini dulu entry part 1 tentang persediaan sebelum menjejakkan kaki menunaikan umrah kali pertama n seterusnya. ok thanx sudi baca :))




                     Gambaran mekah dari angkasa lepas atau satelit :)) -Ambil dari google image search :))

New blog for new year..:)

Assalamualaikum...moshi moshi..sawadikap...konnichiwa....

Nampaknya 2012 dh nak melabuhkan tirai..then why not i'm creating something valuable here...k let's go on

lama dah tak menaip kat keyboard ttg blog...aku pn tak pasti dah blog yang ke berapa ni...
first n second blog aku more on myself so...bila akubaca  balik mcm boring . at last i think something that maybe i could share to people out there about the journey of my life..(hak3...journey la sangat kan..:P )
sbnrnya baru bersemangat nak buat entry baru  selepas beberapa siri-siri kegagalan aku dalam hidup...
aku ada dengar ceramah dari sorang ustaz ni...penyebab kita sering diuji...Allah tidak akan menguji hambaNYA melainkan dengan kemampuan hambaNYA sendiri...Antara sebab Allah uji :

1) Meningkatkan darjat seseorang hambaNYA disisiNYA (maksudnya Allah sangat sayangkan kitakan?)
    (apsal aku mcm nak bergenang air mata plak ni..hahaha..sensitip sangat aku ni..huuu)
2) Allah ingin melihat sama ada kita mampu tanganinya atau tidak, jika kita berjaya tanganiya dan kembali  
    pada NYA insyaALLAH, pahala untuk kita...

IKHLAS

Pernah tak korang rasa keikhlasan yang wujud dalam diri korang dan dengan niat yang ikhlas tu korang redha atas apa yang berlaku...

contoh :
Aku pernah rasa manisnya ikhlas tu adalah apabila kita redha atas apa yang berlaku dan sabara atasnya..percaya tak korang???

Sebenarnya benda ni susah nk explain ..hanya orang yang mengalaminya akan rasa...

Masa aku form 1 (eh perlu ke cerita??...jus nak kongsi ngan korang manisnya ikhlas)

Akhir tahun aku dapat markah sejarah paling tinggi dalam seluruh tingkatan tp takla banyak manapun 88 je..hahaha..tapi markah aku dikongsi oleh seorang lagi pelajar kelas aku...

so, apa yang aku nak cerita sebenarnya..
satu hari datang sorang cikgu ni...dia mintakla nama kawan aku kebetulan aku dok sebelah meja dia..
dia cakap dia nak buat sijil nak bagi anugerah cemerlang pada kawan aku ni sebab dapat markah paling highest sejarah dalam tingkatan pastu kawan aku ni pun tulis nama dia, cikgu tu pun pergi...tapi kawan aku ni aku tengok die macam serba salah dengan aku (ya la kami berkongsi markah sejarah kan, konon2 aku ni dpt rasa apa yang die rase...eh haruslah kan kami kan kawan baik!!)

Aku terkedu jap tapi kan korang masa tu aku betul2 redha atas takdir Allah (eh tak taula nak cakap cmner aku redha tu ia dtg betul2 dari hati aku yang ikhlas...aku cakap dalam hati..takpe insyaAllah ada rezeki ko nanti)....sangat redha...(eh aku tak taula nak ckp cmner dan sejak tu aku susah nak dpt perasaan mcm tu)
aku tak de rasa sedih atau iri hati kat member aku waktu tu...haa kannn korang tau tak kenapa aku tak dapat? sebab markah BM aku kurang 1 markah dari dia...so disebabkan markah sejarah kami sama makanya dia tengok plak subjek BM, disebabkan aku kurang 1 markah so dia ambiklah kat kawan aku tu...dan aku pun takda la nak  habaq kat mak aku ke citer pasal tu sebab aku tak sedih langsung (anugerah tu memang la semua orang idamkan nak2 sekolah aku tu tapi takde rezeki )

nak dijadikan cerita....

esoknya korang tau apa yang berlaku?

hahahaha..suspen...

cikgu yang mintak nama kawan aku tu mintak nama aku plak...

apsal la plak kan...

rupe2nya kawan aku dia dah bagi anugerah lain so ikut syarat sorang pelajar tak boleh dapat anugerah banyak2 weh....

aku? inikah takdir Allah...baru aku tahu betapa manisnya bila kita ikhlas terhadap sesuatu perkara....

Aku tau korang mesti pernah alami lebih dari apa yang aku alami kan?????


okla sebenarnya first entry ni just nak citer sket je ttg NIAT YANG BAIK dan IKHLAS...kalo dua2 ni ada dalam hidup korang memang bahagialah dalam diri...jom kita sama-sama bersihkan hati..haa cmner nak bersihkan hati...jom ikut PETUA DR HJ MOHD FADZILAH KAMSAH ni...:


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di- ampunkan, otak tenang,murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu- allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpa






#Peringatan untuk diri aku yang sering lupa...jom kita sama-sama beramal..:)