Assalamualaikum wbt...
OMAN....
Tempat yang jarang diceritakan di kebanyakan blog..Try jugak search tentang Oman tapi tak banyak blogger yang menceritakan tentang Oman..
Lama dah aku nak tulis entry tentang Oman ni cuma tak ada kesempatan...Sebenarnya Oman yang aku pegi ni bukanlah melancong hanyalah sekadar ziarah atau pun singgah sebentar sebelum bergerak ke Madinah dan Mekah untuk menunaikan Umrah..
Actually kecik-kecik dulu tak pernah terfikir dapat naik kapal terbang pun sbnarnya.. Pernah tanya pada mak..mak cuma kata tiket flight mahal....Teringat kata-kata Prof Dr. Muhaya bila dia ada bertanya ayah dia tentang keinginannya dia nak naik flight..apa yang ayah dia kata hanya satu perkataan sahaja iaitu BELAJAR..dengan belajar ilmu dengan niat kerana Allah insyallah semuanya akan dipermudahkan......dan dulu jugak aku merasakan orang yang naik flight ni semua nya org2 kaya je..hahaha
Tapi betullah zaman berubah mengikut masa...
Tiket Flight dah boleh dibeli sebab ekonomi penduduk malaysia semakin bercambah...huaaa...
Tempat pertama yang aku sampai adalah Oman...
Aku singgah sehari je tapi sempat jugak melawat tempat-tempat yang menarik kat sini..
Oh ya macam mana dari segi tukaran duit..sini agak mahal...diorang memang guna Riyal tapi Riyal Oman ala-ala USD rate dia... 1 Riyal Oman bersamaan dengan hampir RM8.. Pernah aku beli keychain je pun nampak je 1 Riyal tapi bila convert duit malaysia...maik aihh mahal kot...
Inilah flight Oman Air yang aku naik..Perjalanan dari Malaysia ke Oman memakan masa hampir 8 jam.. Mula2 Jakun aku naik flight..almakumlah siap dapat tengok tv yang menunjukkan laluan pergerakan kapal terbang ...canggihla untuk aku yang tak pernah naik flight ni......kiki
Ok sebelum aku ceritakan tentang oman..jom kita tengok Oman ni berada di mana..
Muscat adalah ibu negeri Oman dan Oman adalah sebahagian daripada benua Arab.. Kami transit di Oman sebelum bergerak ke Jeddah Pada hari esoknya..
Kami sampai di Airport Muscat, Oman pada waktu tersebut adalah hampir kepada waktu subuh..
Kami dibawa menuju ke Hotel di Oman iaitu Al-Madinah Holiday Hotel. Jarak antara airport dengan hotel tidaklah jauh mengambil masa dalam 15-20 minit sahaja...
Hasil carian di google bagi korang yang nak ke sini..boleh booking melalui booking.com seperti di bawah berserta harga sekali tu...
Kat bawah ini adalah pemandangan sekitar lobi hotel..Sangat tradisional dan klasik..
Pemadangan yang dapat aku capture dari atas bilik hotel terdapatnya kolam renang dan gelanggang tenis..Disebabkan mungkin awal pagi tiada orang di sini..
Setelah siap solat subuh, merehatkan badan dan mandi kami makan di hotel untuk breakfast pagi..jom tengok ape ade..;)
Aku makan nasi goreng ala cina..kacang panggang, sosej dan telur rebus...
Dessert yang ada di sini...yang putih tu cheese makan dengan roti jika nak..yang lain buah buahan dan sayur sayuran
Selesai makan, kami diminta untuk berkumpul di luar hotel untuk dibawa melawat sekitar Oman...
Inilah hotel yang aku menginap..Untuk pengetahuan korang, Bandar Oman agak sejuk dan dingin so siapa yang tak biasa dengan sejuk...bawaklah sweater bersama ...Cuaca dia ala-ala Cameron Highland gitu..;).....Mungkin sebab masa aku pegi bulan mac mungkin musim dingin masa tu.So kalau korang perhatikan di sekitar Oman banyak pokok-pokok bunga yang luar biasa dan tak pernah jumpa di sini ada di sana.sangat sesuai di tanam dalam keadaan cuaca sejuk seperti di Oman...Aku pun x tau la apa nama dia...Sampaikan kat sekitar hotel penuh dengan bunga-bungaan berwarna warni..sangat cantik..
Kitorang siap dok belek bunga-bunga kat situ..Kalau pg dekat sikit ada antara nya yang mengeluarkan bau yang wangi......wee segar...
Nyaman sangat cuaca sini...
Geram tengok pokok-pokok bunga kat sini.. Teringin nak tanam kat rumah..
Sempat ambik gambar pak cik teksi yang handsome ni..tenkiu uncle for the lovely pic..;)
Kebanyakan kereta kat sini semuanya imported dan canggih-canggih..susah nak jumpa kereta yang buruk dan dah lama
Weee...nampak tak kereta proton saga baru pun ada di sini...
Excited!!!
Seterusnya kami dibawa berjalan menuju ke
PASAR MUTRRAH
dan
ISTANA SULTAN QABOOS
Sepanjang perjalanan aku sangat kagum dengan landskap yang dibini di sana... kebanyakkannya bunga-bungaan yang dbuat corak tertentu memang heaven...rasa macam nak golek-golek atas tu..hahahaha...
by the way...tak semua penduduk di Oman ni beragama Islam ...ada juga golongan yang mengamalkan fahaman Syiah di sini..
Di bawah ini adalah tempat yang dinamakan Taman Al-Riyam yang penuh dengan landskap yang sangat menarik.. Kami tak dibawa turun di sini...so aku just capture gambar dari dalam bas je..sori sebab resolution gambar yang tak berapa baik..lagipun guna camera nikon yang murah je....hihi
Di atas adalah laut arab.. kalau korang tengok pada google map..muscat ni sangat berhampiran dengan laut Arab..
Di bawah ini di sekitar pemandangan di Oman...
Cantik!!!
Yang warna biru dan kuning tu adalah Istana Sultan Qaboos... Nampak cantik dari jauh..Disebabkan masa tak mengizinkan makanya kitorang just duduk dan tengok Istana Sultan Qaboos dari jauh je..
Aku suggestkan korang pegi Istana Sultan Qaboos ni sebab menurut Pemandu yang bawak bus ni dia kata landskap dan pemandangan di dalam nya sangat cantik dan merupakan salah satu tarikan pengunjung dari luar ke sini.
Dari hasil carian di google aku dapat info tentang Sultan Qaboos ialah..beliau dinobatkan antara 15 Raja terkaya di dunia... jom baca cerita tentang beliau
or boleh google link di bawah ini :
http://billyinfo.blogspot.com/2010/07/15-raja-paling-kaya-di-dunia.html#axzz3DqSxgS1b
First time aku datang sini aku rasa pelik sebab bangunan dia semua bentuk kotak-kotak lepas tu...warna coklat ...mungkin ini satu trade mark diorg agaknya
Akhirnya kami sampai di Masjid Agung Sultan Qaboos di Muscat, Oman...pergh serius cantik
Alhamdullillah dan Subhanallah
Sangatlah luas dan besar..ni gambar pemandangan di luar
Jalan lagi baru jumpa Masjid Sultan Qaboos punyalah besar dan luas kawasan dia....
Makcik interfram jap...
Sekitar masjid pun terdapat banyak bunga-bungaan yang berwarna-warni...Rasa macam dalam filem hindustan plak tengok seen die...hii
Pemandangan di dalam....Tapi yang peliknya tak ramai orang yang solat di sini walaupun masa tu dah nak masuk waktu zohor...
Ambik Gambar lagi
Actually pada masa ni masjid ni ada beberapa bahagian yang masih dalam construction...
Selesai ziarah di masjid Qaboos Oman kami bergerak ke Pasar Muttrah
Pemandangan dari tepi pasar Muttrah
Terdapat pelbagai barangan tradisional yang dijual di kawasan Pasar Muttrah ini
Di Oman Masyarakat mereka sangat terkenal dengan pemakaian tarbus macam yang ditunjukkan pada gambar di atas...Tarbus seperti kopiah dengan kain yang agak lembut tetapi bila dipakai nampak tinggi disebabkan ketinggian yang berbeza dengan songkok biasa...
Di sini banyak juga di jual jubah -jubah kerana masyarakat wanita Islam di sini gemar memakai jubah.. Jubah mereka pada harga serendah 40 Riyal Oman..Jika convert kepada duit Malaysia lebih kurang Rm300++ huhu...
Kainnya agak sejuk dan selesa dipakai..Boleh jugak kalau nak beli untuk kenangan diri sendiri..
Tamatlah sudah ziarah di sekitar bandar Oman..Kami bergerak balik ke hotel sebabnya petang dah nak naik flight pergi Jeddah..
Lunch Hour...
Puding Caramel dan Ice cream as Dessert
Beras die pun panjang-panjang..
ada lauk Kambing, Ayam dan pelbagai lagi..
Finally Masa untuk bergerak ke airport....
Sempat capture view lagi
Kat sini semua kenderaan adalah left hand drive tidak seperti Malaysia
Bangunan di sekitar Oman berbentuk kotak
Departure Hall..
Moga Ada peluang ke sini lagi
Pemandangan sekitar airport Muscat
TAMAT
THANX SUDI BACA ;))